Yes, saya adalah seorang ibu yang hanya mengepam susu untuk diberikan kepada anak kedua saya. Ketika catatan ini dibuat, anak saya 4 bulan 24 hari dan hanya minum susu ibunya sahaja . Saya amat berharap agar saya dapat mencapai target pertama saya iaitu 6 bulan Ekslusif breastfeed baby. Walaupun saya hanya mengepam. Inilah catatan perjalanan saya sehingga hari ini (13 Februari 2014) Sebelum Baby A dilahirkan... Saya telahpun mempunyai seorang anak, Abang A. Mulanya saya nekad untuk menyusukan sepenuhnya Abang A, namun saya TEWAS. Sebabnya; - Pada mula Abg A dilahirkan (Februari 2011), saya mula memberikan susu kepadanya. Ada titisan yang keluar. Kemudian saya dibenarkan keluar wad. Dirumah, anak saya menangis bagaikan sangat lapar. Datuknya mencadangkan agar suami saya membeli susu formula dengan alasan susu saya tidak mencukupi. Disaat inilah saya TEWAS. Suami membeli susu Formula S26 dan mulai saat itu, dia mula minum susu formula. - Saya MALAS. Iye saya mengaku saya malas.
Hi Hi Hi Pada tahun 2010, saya telah membeli Pam Medela Freestyle dari blog Little Caliph Haven (sekarang tokey TUGEDA). Beli secara pelan ansuran..elok Januari 2011 dapat. Dalam set ni dapat tote bag, cooler bag, 4 botol, 1 ice brick, 2 tubing , 1 set freestyle strap , 2 corong set dan 1 motor. Pam idaman kot sbb review yang sangat bagus(boleh handsfree, muahahahhahaa) ..so boleh la lipat baju jemur baju sambil mengepam (EP Mom, gitula rutin hari2). Medela FS ada 2 jenis suction..satu sedutan pendek mimik sedutan bayi dan satu sedutan panjang..level pulak boleh pilih dari satu hingga 5..suction dia ok..senang nak dapat LDR..berbaloi la dengan harga..pam ni rechargeable..so tanpa plug point pun boleh digunakan..motor dia sebesar tapak tangan..dari segi bunyi xla kuat sangat tapi xla senyap cuma bolehla cover2 dengan tuala..Freestyle kit tu sangatla best..sangkut je pada bra bolehla buat kerja sambil mengepam..sangat berbaloi..cuma set terkini xde handsfree kit..for me, medela f
Salam.. Bila dah dekat bersalin ni, set bersalin la benda yang dicari -cari..anak pertama dulu pki NR..set ni ok, just Phytonatal tu x berabis..Berat badan memang turun tapi anak panas n kuning .. so, untuk anak second ni saya nak cari yang lain pulak.. Survey punaya survey suka lak dengan set bersalin TANAMERA..maybe sebab perawatan luaran dia nampak best..set ni lebih macam SPA punye treatment n bukan macam bau biasa2 orang pantang tu.. Setakat ni dah add on 3 botol VCO Tanamera ni.. Rasanya ok and sesuai untuk buat urutan perineum..Minyak label merah tu pun saya guna untuk urut kaki yang bengkak ni (37 weeks n counting)..masa anak 1st ambik bioselusuh..anak kedua ni try VCO yg ni la.. Semoga ALLAH S.W.T permudahkanlah urusan kelahiran anak saya yang kedua ni.. yang lain dalam set ni saya x try lagi..nnt dah try saya akan coretkan dalam blog ni..harga saya dapat spesial dari charms n colors.. Apa yang ada dalam set ni? Cold Pressed Virgin Coconut Oil- saya suka..
Comments
Post a Comment