Ekslusif Pumping Mother


Yes, saya adalah seorang ibu yang hanya mengepam susu untuk diberikan kepada anak kedua saya. Ketika catatan ini dibuat, anak saya 4 bulan 24 hari dan hanya minum susu ibunya sahaja. Saya amat berharap agar saya dapat mencapai target pertama saya iaitu 6 bulan Ekslusif breastfeed baby. Walaupun saya hanya mengepam. Inilah catatan perjalanan saya sehingga hari ini (13 Februari 2014)

Sebelum Baby A dilahirkan...

Saya telahpun mempunyai seorang anak, Abang A. Mulanya saya nekad untuk menyusukan sepenuhnya Abang A, namun saya TEWAS. Sebabnya;

- Pada mula Abg A dilahirkan (Februari 2011), saya mula memberikan susu kepadanya. Ada titisan yang keluar. Kemudian saya dibenarkan keluar wad. Dirumah, anak saya menangis bagaikan sangat lapar. Datuknya mencadangkan agar suami saya membeli susu formula dengan alasan susu saya tidak mencukupi. Disaat inilah saya TEWAS. Suami membeli susu Formula S26 dan mulai saat itu, dia mula minum susu formula.

- Saya MALAS. Iye saya mengaku saya malas. malas nak bangun malam2 menyusukan abang A. waktu malam, anak diuruskan oleh suami (iye, suami saya sangat baik). Pada waktu malam saya tidur, suami yang bangun menguruskan anak. Saya hanya sambung tidur. Jadi, suami membancuh susu formula untuk anak saya. Lagipun dah ada susu formula kan? Bancuh je la..


- Apabila Abang A berumur 3 bulan, saya terpaksa berpisah denganya kerana saya bekerja di daerah lain. Hanya berjumpa suami dan Abang A pada hari minggu. Hati dirundung walang, bertalu-talu menelofon bahagian pertukaran memohon tukar. Susu tidak dipam dan akhirnya mengering kerana tiada SUPPLY = DEMAND. Hanya ketika dia berumur 6 bulan, baru saya dapat bertukar.

- Ketika Abang A 7 bulan, dia dimasukkan ke wad kerana disyaki menghidapi pnemonia. sedih hati seorang ibu hanya ALLAH SWT yang tahu. Ketika ditahan di wad, doc pakar beranya susu apa yang diberikan kepada anak. lalu saya menyatakan susu formula..Lantas doc memarahi saya dan menyatakan "ANAK U  TAKKAN KENA SAKIT KALAU U BREASTFEED ANAK U..sdey hati ini..saya sangat menyesal. KEMALASAN saya menyebabkan anak saya sakit..sian anak saya..saya benar2 menyesal..dan saya nekad untuk menyusukan kembali Abang A.

- Ketika itu, saya mencai bagaiman saya mahu menyusukan kembali anak saya.. saya ambik domperidone, pam, ambik fenugreek dan macam2 lagi..susu saya keluar semula tapi sangat sedikit (kurang 1oz). Ketika ini Abang A sudah tidak rapat dengan saya dan tidak mahu menyusu dengan saya lagi.. saya frust dan TEWAS lagi..

- Apabila saya mengetahui saya mengandung anak kedua, saya tekad utk menyusukan anak saya ini..segala ilmu penyusuan digali..suami jugak saya bawak kelas penyusuan supaya dia dapat membantu saya nanti.

-Adik A dilahirkan secara SVD Induce..namun saya langsung tidak mengeluarkan susu..adakah aku akan TEWAS lagi..sedih..saya tetap menyuakan ke mulut adik A agar susu keluar..

-Esoknya susu (colostrum) keluar sedikit..namun Adik A tidak pandai Latch..so saya mengepam untuk diberi kepada Adik A..Adik A disuap menggunakan sudu..Saya teruskan mengepam dengan azam saya tetap mahu memberikan anak susu saya sendiri.

-Ketika berpantang, Jururawat datang ke rumah, saya meminta mereka mengajar saya bagaimana cara perlekapan yang betul..namun ayat yg saya dapat sangatla sedih membuatkan saya nekad utk menjadi EP MOM.

- Cabaran menjadi EP MOM sangat sukar..pernah terjadi anak saya menangis sedang saya mengepam kerana tiada bekalan..tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu..kemudian pam saya rosak..saya pula tidak reti marmet..so puasla kami mencari pam utk mengantikan pam yg rosak.

- Bila saya mula bekerja, saya terpaksa mengepam lebih kerap dari org lain..mujurla saya duduk di bilik, jadi setiap kali mengepam saya akan menutup pintu..hasil saya tidak meriah tapi cukup utk anak saya..pelbagai kata-kata dilemparkan agar saya memberi formula pada anak tapi kerana TEKAD dan sokongan suami saya, alhamdulillah saya berjaya memberi susu badan saya sendiri kepada anak saya selama 6 bulan.

Jika anda mahu menjadi EP Mom, anda haruslah benar2 bertekad..Dapatkan sokongan dari pasangan dan keluarga anda..

Daaaaaaaaaaaaa

Comments

Popular posts from this blog

PAM MEDELA FREESTYLE REVIEW

BERSAWANG.HAHAHAHA..