Ekslusif Pumping Mother
Yes, saya adalah seorang ibu yang hanya mengepam susu untuk diberikan kepada anak kedua saya. Ketika catatan ini dibuat, anak saya 4 bulan 24 hari dan hanya minum susu ibunya sahaja . Saya amat berharap agar saya dapat mencapai target pertama saya iaitu 6 bulan Ekslusif breastfeed baby. Walaupun saya hanya mengepam. Inilah catatan perjalanan saya sehingga hari ini (13 Februari 2014) Sebelum Baby A dilahirkan... Saya telahpun mempunyai seorang anak, Abang A. Mulanya saya nekad untuk menyusukan sepenuhnya Abang A, namun saya TEWAS. Sebabnya; - Pada mula Abg A dilahirkan (Februari 2011), saya mula memberikan susu kepadanya. Ada titisan yang keluar. Kemudian saya dibenarkan keluar wad. Dirumah, anak saya menangis bagaikan sangat lapar. Datuknya mencadangkan agar suami saya membeli susu formula dengan alasan susu saya tidak mencukupi. Disaat inilah saya TEWAS. Suami membeli susu Formula S26 dan mulai saat itu, dia mula minum susu formula. - Saya MALAS. Iye saya mengaku saya malas.
Comments
Post a Comment